Wednesday, January 27, 2010

jalan-jalan cari makan bersama encik man

Venue:D'Ateh Restaurant
Time: 12 noon

tengok nama cam gempak je restoren tu..Indah kabar dari rupa la mior. Lebey kurang kul 12, aku,pasta, bim bim and paro dah sampai. Tolong susun2 meja, order2 apa yg patut. Terliur je tengok lauk, maklumla mmg dh time makan. Menu aku: Nasi+ asam pedas + sayur kangkung + kentang masak sambal yang dah dipisahkan drpd tempenya ( aku tak makan tempe dan semua jenis soy-base product).

Jam makin tik tok..ramai lagi member2 dah sampai, namun kelibat en. man still tak nampak. takpa2, kitaorang cucuk lauk skit2 dulu. lapar punya pasal..tapi bim bim dah suku abes. Ish3, kan dah makan sandwich seblom datang tadi.

lebih kurang kul 12.45..jeng jeng, muncullah en. man. stail dah macam YB lak..hehe..maka bermula la sesi makan2 walaupun dah separuh pinggan abes..hihi.. Bismillahirahmanirrahim. Ya Allah..masinnya lauk. pedas lak tu..abes t'tutup selera aku. Kangkung tu sangat pedas plus rasa belacan yg melampau. aku ni dahla sensitip skit dgn belacan..huhu..tapi nampaknya bukan aku ja yang komplen..pasta, tun, pona..pun komplen lauk2 dia pedas. Ah, out of list la restoren ni...tak abes pun nasi aku,ish3,dah membazir. kan dah tak dapat suami soleh..

Pas makan..biasala..sesi borak-memborak..jom pi MAPG..jom pi FAc nite..segala dinner semua pakat nak pi. Then masuk topik kawen lak. Orang tu nak kawen, orang ni nak kawen..huhu..gembira aku dengar pasal member2 yang nak mendirikan masjid ni. Nampak gayanya, sibukla aku ujung tahun ni..dah semua pakat2 nak kawen. Abes 1 malaysia aku round pi kenduri member..hehe..

Tak leh nak borak lama2..few member ada test undang2 keluarga islam..InsyaAllah nanti ada jamuan tuk en. man yang bakal bersara. Huhu..batch kitaorang memang kamceng abes dgn en. man. Kitaorang grad, dia lak nak b'sara..mmg the best lab officer la

Sunday, January 24, 2010

Kesayangan saya

1)
Kalau sehari tak tengok or pegang benda ni tak sah. Even tak buat keja pun, asal dia ter'On depan mata jadila. ACER Travelmate 3210..Dah 4 tahun lebih dia dengan aku..model ni aku konpem dah tak kluaq, silap2 dah kena campak jadi tukun tiruan..hehe..tapi diala paling banyak jasa kat aku.Tanpamu, tak mungkin siap semua report dan assignment. Tanpamu juga tak mungkin aku dapat tengok 'boifren2' aku yang b'sepah-sepah tu..hehe..termasukla tempat aku main game. Keyboard pun dah rosak..huhu..tumpah air punya pasal. dah tu, gigi fan semua dah rongak...namun, selagi dia masih hidup, slagi tu la dia akan dengan aku. Arigato Laptopku

2)

Benda 2nd terpenting; Ipod Nano 3rd Generation 4 Gb kaler silver.
Ni satu lagi aku takleh tinggal. Setakat ni ada 495 lagu dan 31 video dalam ni. Dengan top rated song yang mostly adalah lagu2 FT Island serta CN Blue. Dalam ni, lagu melayu takdak langsung, lagu indon ada 2 kot, lagu org putih mungkin ada 2 gak kot..ntah, tak ingat lak. yang pasti, playlist semuanya kpop and jpop..hehe..Paling latest lagu yang asyik ter'play' adalah To her( 2AM ft Chansung 2PM) and I'm a loner by CN Blue. Ni la benda yang paling selalu aku berkepit memandangkan ia kecik, so leh taruh dlm beg or gantung kat leher. sambil basuh baju, sapu sampah, tunggu bas sampaila ke window shopping..On je memanjang..hehe..tu la, aku memang gila dengar lagu

3)

Di sinilah tersimpannya segala harta aku. Yang biru tu beli masa harga tengah mahal, lebih kurang 3 tahun lepas. 80gb je tp harga sampai rm180..mahal gila..yang ni aku simpan nota2 and dokumen2 lain tapi adala suku je kot..hehe..lain drpd tu aku isi anime, manga,games, gambar, lagu and SUJU. yang hitam tu baru beli last year, 320gb punya..Ha, yang ni aku isi benda entertainment..haha..Penuh dgn drama, muvie, lagu, reality show,konsert dan performance. Sebut je, FT Island,CN Blue, SUper Junior, 2PM, 2AM,SS501,MBlaq,Big Bang, Beast,Fly to the sky..semua ada..haha..semua korea..ni ada niat nak beli lain lagi..hehe

4)

Selain novel, ni 1 hobi yang dikongsi bersama pasta dan bim bim. Ni just sebahagian je, ada lagi yang tak masuk gambar. Aku punya takla sebanyak pasta and bim bim punya..Kitaorang memang kaki manga..yang Online punya pun banyak koleksi.

5)

Sony walkman W300i. Dah 2 tahun lebih gak aku pakai handphone ni. Malas nak tukar..membazir je. lagipun function semua elok lagi except mesej yang slalu mix up..tu je problemnya. Tapi lantak la..aku ni bukannya kaki ngadap HP 24 jam. kalau kat umah lagila, siap campak2 bawah katil lagi..hehe..jarang sms and call la katakan. main pointnya kat sini, wallpaper tu..haha..Jung yong Hwa tau. nak letak gambar sendiri malas, ti syok sendiri lak..so letakla yong hwa



Demikianlah sedikit ulasan pasal harta benda kesayangan. Ada 1 lagi tak masuk ulasan.. My Agy..tu girlfren paling besar

satu konspirasi

lepas maghrib 23hb, jiran depan bilik ajak makan kat luar. aku Ok je, no hal. Aku,pasta and 2 org jiran depan bilik...nak pi mana aku tak amek pot pun. terpulang la kat tuan bim bim sebab dia yang bawak keta.

Then, aku recognize the route..Oh nak ke alamanda ghupanya. takpa2,tak kesah pun mana-mana. Cik bim bim cakap nak makan kfc..tapi pabila kami menjejakkan kaki depan pintu gerbang kfc tu, MasyaAllah, ramainya manusia. meja penuh, yg tengah queue pun ramai...Isy3..cik bim bim try gak beratur. Tetapi..setelah sekian lama, akhirnya cik bim bim surrender sebab dia kata ada plan lain. Maka kami pun b'siar-siar mencari tempat nak isi perut yang dah buat konsert heavy metal ni. then..A&W pun boleyla..tak ramai orang sangat. Namun begitu, servicenya agak sedikit lambat plus pekerja yang tak berapa mesra alam. Abaikannya, tengah kejar masa ni..laju gila makan, tak sempat feel burger, terus laju je masuk perut. Next,diaorang bawak pi cinema..tetapi...

Jeng jeng jeng, jejak je kaki...terdengarla 'kkap khun kkap...bla bla bla..'

Isy, i have bad premonition. Sah, diaorang heret aku tengok cita antu...huhu..haunted university.
Awal2 lagi aku dah cover muka dengan tisu sambil laju je mulut aku membebel..baru 10 min wayang start aku dah tanya bila nak habis..waa..ntah berapa kali aku menjerit terperanjat tak tau la. Aku dengan pasta sama ja..dedua penakut. Abes lunyai tisu..haha..walau bagaimanapun, ending yang menyentuh feeling dah berjaya cover takut aku. Nasib tak mengigau..huhu

Balik je bilik..tetiba..eh, something missing. Ah, mana barang2 aku.. Then,pasta hulur lipstick kat aku..'Jjing jjing, kau kena cop lipstick mark dulu sebelum aku bagi hint..hehe..' Oh, apakah ini. dah sense something weird terus aku kidnap asyraf pasta buat tebusan...haha..aku bijak.. Mission accomplished, aku dapat 1 crane dengan next hint kat dalam. Aduhai, kena pegi bilik sapa pulak ni. Maka aku pun mengheret pasta bersama asyrafnya tuk follow aku. Kat tiap bilik yang aku pi, aku dapat hint tuk next destination. Adoi, memang nak suruh aku exercise tengah2 malam. Tak cukup suruh aku tawaf 1 blok, siap kena tempek bedak la, bawak helmet la...siap kena makan ayam kfc lagi..huhu..gemuk la..sampai 9 bilik aku tawaf, semata-mata nak dapatkan barang2 yang member2 aku sorok tu..Adeh..sampaila final destination, jumpa pun.. La eh, kat bilik bim bim je ke. Penat aku buat tour sampai sejam.

Anyway, ni la the best and most memorable besday tuk aku. Noumu Kamsahmida tuk kawan2 yang terlibat dalam konspirasi 24 jan ni. Paling terharu, Pasta bagi aku 999 stars + 1 crane. paling latest aku dapat 'dragon ball ada 7 biji semuanya' drpd cik 'R'...haha..

~One year older~

Friday, January 22, 2010

suka suki hati dia je

Argh..pagi2 dah spoilkan mood aku. Kalau la aku tau sapa tuan empunya keta tu, aku cabut kepala dia..huahaha..ganas la plak. WFG6384, saga lama kaler merah. dengan sukacitanya dia port keta melampau rapat dengan keta aku. Godek punya godek,last2 aku surrender. kang t'bantai keta dia plak, dengan agy aku skali pun t'luka. Isy3,mana bley..sayang keta ooo. Maka dengan hati yang panas cam lava gunung merapi..aku pun meninggalkan agy dan melangkah longlai mencari driver kesayangan ramai.

before aku melangkah pergi, sempat lagi aku tinggalkan surat cinta atas keta tak dikenali tu. sebagai peringatan je..haha..

Bengang punya pasal..sepanjang on the way pi fac, aku bantai dengar lagu i'm a loner CN Blue kuat2 sampai 5 round..haha..nasib tak pekak gegendang telinga aku yang comel ni. Dekat setengah jam aku masuk lambat..huh..setengah jam kemudian." that's all for today"..maka tamatla sudah kelas setangah jam aku. Karang kalau aku pi jenguk keta dia tak blah lagi, siap la..aku pancit tayar dia..huahaha..banyak plak tanduk atas pala aku ni

Thursday, January 21, 2010

anak pasta dan jjing jjing



Baby~ a name given by pasta.

now, dah almost 2 minggu si baby ni b'maustatin dgn kitaorang. dari kecik n kurus kering, now dah sihat walafiat malah t'lebih sihat pulak. Maklumlah, kasih sayang melimpah ruah..haha..aku yang dulu tak brapa suka makhluk ni pun dah boley pegang and peluk2 si baby ni.


Baby ni manjanya, MasyaAllah, melampau sangat..tapi kalau mengadap dia memang tak leh buat benda lain. asyik sangat tengok keletah dia..hehe..dah macam mak dok perhati anak lak aku ni . bila balik penat2, tengok dia sambut depan pintu..hilang segala penat seharian tu.. agaknya camnila perasaan mak bapak yang penat balik keja tengok muka anak kecik, terus hilang penat tu. tapi kalau anak dah besaq panjang aku taktau la pulak..hehehe




Dia ni paling suka menempek kat kaki orang.. ntah berapa kali aku dengan pasta t'sepak dia tak payah cakapla. dah suka sangat t'lentang tengah2 jalan..nasib tak terpijak je, kalau tak mau t'burai perut dia..huhu..pastu degil skit. kalau dia dah suka mana2 port, even dah diubah pun..dia akan tetap pi cari port tu. selalunya depan pintu almari la,sampai nak buka pintu pun payah. Satu lagi, dia ni pembersih yang melampau gak. sanggup tahan kencing kalau tak jumpa kertas bersih. kalau kat kertas tu dah ada secalit je urine, pun dia dah taknak..Ish,cerewet betul. saja suka menambahkan keja aku and pasta. Tapi macam mana nakalnya pun baby ni, kitaorang especially pasta sangat sayang yang amat kat baby yang bijak ni.

Monday, January 18, 2010

sayonara encik2 bakteria

At last,Alhamdulillah...pas almost seminggu b'gelumang dgn microb..from early morning till late evening, abes pon wat antimicrob. trima kaseh sgt2 kat team yg sama2 susah payah, dah la busuh tahap dewa dewi punya microb tu. dah seminggu gak x lekat kat bilik,tak penah aku sebusy sebegini rupa..sampai rumate pon windu..uhuk2..ye ke..haha..

tapi,dlm buat2 keja ni ada la satu tak puas ati dgn sorg minah ni.. tak komited langsung. kitaorang bagai nak rak wat keja, dia sikit pun tak tunjuk muka. tau la buat keja by team tapi mana teamwork awak cik kak oi. aku ni dah la penumpang kat team ni tapi nasib baik dorang terima aku dgn hati t'buka. sebab tu la aku keja sungguh2, orang dah tolong, takleh la aku wat bodo je. tapi dia selaku ahli tetap team suka2 ati badak je nak datang taknak datang. semua teammate lain pon bengang gila dgn dia, akak tu dah sound pon wat bodo gak. aku taktau la..ati keras cam adamantium wolverine kot.

ah,lantak dia la...wat penat aku marah je.
anyway, lega sangat dah setel. leh la concentrate writing..tapi ada 1 test lagi nak buat. kena gi mintak sampel lagi neh, mana cukup nak wat mic lagi.

Saturday, January 16, 2010

~Bluetory~


Finally, band baru kegilaan aku wat debut kat homeland dorang. aku ni memang suka band walau hakikatnya haram 1 instrument pun aku tak reti main. Disebabkan aku tak reti maka aku jadi tukang layan music je.. Masa dulu2, band paling aku suka is band from jepun, UVERworld. lagu2 dorang mmg best plus suara vakolis dia yg best. takuya yg pendek tapi suara power. sapa ada tengok Bleach ke, Blood + ke, gundam ke..adala lagu dorang.

then bila aku b'alih ke industri muzik korea ni, aku syok gila kat 1 band ni nama FT Island..bawak genre rock ballad. lagu dorang memang byk yg emo,pastu video klip mesti frust2 and mati2..isy,tak paham aku. tapi lagu2 dorang mmg suit abes la dgn tlinga aku ni.

Eh,lari topik skit. nak cita pasal CN BLue sebenarnya. band ni sama company dgn FT Island iaitu FNC atau nama lainnya Fish N Chip..pa punya nama la company dorang ni.

aku tak sengaja t'kenal band ni sbb melayan drama vokalis FT Island, ala..si hongki tu. nak tengok sbb hongki tapi alih2 t'syok kat orang lain. tu yang aku t'cross over band CN Blue ni masa search profile si Yonghwa. CN Blue ni underground dulu kat jepun tapi wat album nyanyi orang putih. Album 1st Now or never best tahap max la. aku suka gila lagu2 album ni kecuali tearsdrop in the rain..ha,yg ni kureng skit sbb lagu slow sgt.

pastu dorang kuar dgn 2nd album;VOICE..album ni pun best. lagu ala ala anime skit. track peberet aku Y,why..paling best sebab lagu n lirik yonghwa yg buat..haha..bangga2.

Then, at last dorang debut pun kat korea dgn mini album dgn title seperti di atas..BLUETORY. ada 5 tracks tapi 1 je lagu baru;Alone.. yg lain semua lagu lama dorang yang dikoreakan. honestly, aku tak brapa suka sangat. it sound weird especially lagu now or never and love revolution. aku prefer english ver tuk lagu2 ni.. paper pun thumb up tuk CN Blue. they are so good

Sunday, January 10, 2010

Disebalik nama Jjing Jjing

Jjing jjing maksudnya lebih kurang cam crybaby dalam bahasa korea. Tapi bukanla sebab aku seorang crybaby. Alkisahnya....
Beberapa bulan yang lalu, di zaman 2PM sangat hot, sebelum Jaebeum meninggalkan 2PM dan HOTTEST..sob sob...Emo plak..huhu..It started with a show, Wild Bunny...

my fave dalam 2PM; Jang wooyoung aka ang ang wooyoung adalah sorang yang sangat suka tunjuk expression merengek/crybaby tu. Disebabkan suka melampau kat dia, maka pasta terlekat la nama jjing jjing yang juga merupakan nickname wooyong kat aku ..hehe..comel apa.

manakala pasta lak disebabkan suka yang amat kat hwang chansung aka hwang mario aka pasta dan sebagainya.( banyak sangat nickname chansung tu) pun telah melekat nama pasta kat bestfren aku ni.

Combination pasta and jjing jjing sangatla ngam dengan kitaorang. memang melekat abes la...

demikianlah alkisah asal usul nama jjing jjing kat aku ni

Saturday, January 09, 2010

sleepy~Zzzzz

Oh, malasnya kls pagi. it seems i also won't like friday this semester. early morning class and till evening. this morning also..dah mcm burung belatuk. not a single word sticks to my mind. all my classes this semester are in the evening and although there's morning class BUT... not at 8 am.. Oh God, good bye my sweet bed.

Monday, January 04, 2010

ibuku dijangkiti 'demam'

lagu 'beautiful life' VOS b'kumandang menandakan call drpd family member aku. Oh, ibuku rupanya.. "Hello"... " ha kak, mama tanya ada dak drama boys over flower?"
Sejurus mendengar je soalan tu, maka aku pun bantai gelak tanpa segan silu sambil guling2 atas lantai...Oh,cam satu keajaiban..haha.. mana la penah mak aku tengok benda2 korea ni. Even time aku dengan adik aku melayan korea, dia slalu je cakap, " apa la yang hangpa tengok ni, faham ke dak.."

tapi, kali ni dia plak minat drama ni pas tengok kat 8tv pastu siap pi cari cd pasai malas nak ikut yang kat tv. Dapat ja cd tu..3 hari berturut2 dia bantai tengok sampai pening. dah tu, asyik dok nangis nonstop. Isy, lagi dahsyat drpd aku. aku tengok drama ni pun berlinang skit je air mata. takdakla sampai meraung2...haha..

Punya la absorb dengan drama tu..sampai adik laki aku kena makan nasik bungkus. Dahsyat2!!
Nasib bapak aku takdak time tu. (mak aku memang jarang masak kalau bapak aku takdak, pasai adik aku memang jarang makan nasik. yang slalu kesah nak makan pun adik laki aku tu..hehe)

Haha..baru dia tau pasai apa aku asyik melekat kat laptop aku..

Sunday, January 03, 2010

Wanna get married!!

recently, me and pasta are watching an old taiwan drama; It started with a kiss and sequel They kiss again. Oh gosh, we are gigling and screaming non stop. That Jiang Zhishu guy is super duper romantic and sweet. Although he's quite cold towards his wife but he do have his own way to show his love. Frankly speaking, watching this drama make me want to get married..hehe.. I never feel i want someone beside me so much until i watch this drama. Right now, both me and pasta are totally in this guy. :P