Wednesday, February 10, 2010

Salahkah kerana masih single?

Baru-baru ni ada 2 orang member aku berdiskusi pasal still single ni. Yang sorang pun macam aku and lagi sorang dah berpunya. And terkeluar la jugak pasal kelab 'single is sweet' (kelab yang diasaskan oleh aku..hehe..tapi suka2 je. tak aktif dah pun)
Member aku yang 'i'm not single' tu pun tolonglah risau kat kitaorang yang still dlm 'single is sweet' ni. ye la, dia takut sampai ke tua kitaorang single..

Is it a sin for still being single at the age of 23?? kalau zaman dulu-dulu mungkin dah kena cop anak dara tua. Umur camni anak dah 2-3orang. Tapi zaman sekarang, pompuan semua sibuk kejar kerjaya dulu. Kalau umur 23 dah kawin..orang akan cakap,'eh,mudanya lagi dah kawen' Even bagi aku sendiri, walaupun ada rasa teringin tapi aku rasa aku belum bersedia. Masak pun tunggang terbalik lagi. kang tak pasal laki aku makan biskut kering cicah air milo je..haha..sadis

Bukan aku yang mintak tuk maintain single ni tapi 'soulmate' still kabur. tak jumpa-jumpa pun lagi. Lagipun it's not easy to fix the broken heart..Then, nak cari suami mestila yang baik and boleh diharap. Takkan la nak laki yang kaki pukul,kaki pecah rumah and segala kaki yang sewaktu dengannya.Maka untuk dapat lelaki yang baik, aku pun kena la baikkan diri sendiri,sebab 'Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik-baik, dan begitulah sebaliknya'.

Kalau drpd segi physical appearance, aku suka yang macam ni..hehe..(tapinya malangnya dia dah 'i'm not single')




Actually, ada banyak sebab kenapa aku suka single sekarang. You are free!!! yay!!
Aku nak pi mana-mana or nak buat apa pun, tak payah report kat sapa-sapa. Plus aku ni banyak hobi, leh kata hardcore fan anime, manga, korea and jpon la. Sekali aku hadap benda-benda ni..terus zzap..hanyut..haha.. Dengan lelaki-lelaki handsome lagi. Jung Yonghwa, Kuran Kaname, Tenjou Night..asalkan handsome, semua aku suka..haha..Kalau aku ada boyfriend, tak ke dia jeles nanti. Pastu, masa aku mesti dah kena bahagi. nak layan hobi lagi, nak pi dating lagi. So for now, biarla aku enjoy hobi-hobi aku ni. OK!

Thursday, February 04, 2010

kuyup

Hmm..3 paper dah setel. dah few days gak tak mengadap boipren faveret aku. U miss me tak darling?...haha.. nama je banyak test, tapi aku bukannya study sangat tapi study la jugak. di samping selit2 layan WGM..hehe..sempat agi tu. Test perancis: aku tulis nama ngan matric no.. baca2 skali lalu..jawab. 5 minit kemudian, tarik kerusi and hantar kertas soalan. Aku jawab semua dgn yakinnya..alamak, riak la plak. soalan senang je, Alhamdulillah.

petangnya, ada test tuk plant. time, kul 5.30pm tapi kul 3.30 aku dah datang. lepak cc dengan harapan nak tambah info pape yang patut. Tapi, mana penah aku study kalau depan monitor ni..hihi..aku ended up mendownload program CN Blue..Almost kul 5, pi la solat asar dulu. Hujan la plak tapi boleh survive lagi. Pas je asar dengan semangat b'kobar-kobar nak jawab test..Ya Allah, lebatnya hujan.. jarak surau dengan kelas yang sekangkang kucing tu dah macam kl -penang lak..payung pun dah jadi macam mary poppin. Pas susah payah menongkah hujan, aku sampai kelas dengan basah lencun..from top to bottom..grr..sejuk..terketar-ketar tangan pegang pen. Abes je test, dia sambung lecture skit. terus aku hanyut,sepatah pun aku tak dengar...sejuk beb, dalam aircond lak tu. bley bayang tak..dah la basah kuyup, pastu sampai 2 setengah jam dalam aircond. huhu..i'm freezing..

Monday, February 01, 2010

Let's learn Hang-gul / Korean part 1

Baru je beli ispeak KOREAN PHRASEBOOK. The best way to learn language is to listen to the pronunciation. Memandangkan aku ni slalu sangat berkepit dengan ipod, so aku decide benda ni berbaloi. Daripada aku dok dengar lagu tak tentu arah ( lagu korea gak pon..hehe), baik aku blaja bahasa. Konsep ispeak ni senang je sebab file dia semua format mp3. So as long boley support mp3 format, tak kisahla ipod ke, mp3/mp4 cap samsung ke cap creative ke..whatever.. konpem boleh play. Satu lagi method aku tuk blaja ialah melalui reality show,drama, MV. Kalau aku download MV,mesti aku cari yang ada Romanization n English translation. So, secara tak langsung dapat gak blaja skit2. Sama gak dengan show2. Contoh tuk drama yang pakai simple korean, leh la tengok full house. Cita ni guna banyak ayat yang simple2 and banyak repetition.So,bley gak blaja drpd sini.

Mula2, mesti blaja how to greet. OK!!
1 peringatan!!! ni semua aku blaja melalui pemerhatian n pemahaman aku, so kalau ada silap sori la ek.

An-nyeong-ha-se-yo : Hello/good morning/afternoon/evening
An-nyeong-hi-ju-mu-se-yo : Good night ( boleh gak guna Jal-cha)
An-nyeong-hi gye-se-yo : Good bye
Jal ga se yo : see you later

~Ni adala formal greeting. kalau ada dengar 'yo' kat blakang ayat, maknanya formal speech la tu. Orang korea amat pentingkan respect,sebab tu kebanyakan ayat2 korea kita banyak dengar 'yo, yo' ni. Bila cakap dengan orang lagi tua atau baru kenal, diaorang akan guna formal speech. cuma bila dah betul2 rapat atau same age, barula diaorang akan guna 'banmal'(informal speech)

kalau nak tanya kabar: Eo-tteo-se-yo?( how are you?)
jwp lak, Ne gwaen-cha-na-yo,kamsahamida (Yes, fine,thank you)
Man-na-seo ban-ga-wo-yo/ ban-ga sunmida : Pleased to meet you

to be continued....

*ispeak ni ada macam2 lagi language. Last time, aku jumpa jepun, arab, mandarin,french, german..etc.
next time kita blaja french lak ek