Friday, May 28, 2010

Daddy cool

Sekian.

Aku dah pun selamat meng'khatamkan drama 16 episod Oh My Lady. Best, wa cakap lu. Fuh, susah payah mendownload file2 yg bersaiz lebih10Gb. Anyway, very satisfied. 2-3 episod mula2 boring la gak skit. Aku nyaris nak surender. Tapi, demi mengisi masa lapang yg terlampau banyak ni..aku teruskan jua misi yg tak brapa nak murni ni...haha..


Plot cerita simple je tapi menarik (pada pandangan aku la).
Gae Hwa @ Ahjumma ni sorang yg sangat tak berjaya dalam karier and lifenya, Janda anak sorang yg jobless dan kena halau drpd rumah sewa. Sung Minwoo( Choi Siwon SUJU) plak sorang plakon yg sangat takdak bakat dan jadi topstar sebab muka ensem and body..Fuiyoh!
Minwoo ni tetiba terdiscover yg dia ada anak luaq nikah pas ex-gepren dia menge'pos' anak dorang kpd minwoo dan m'hilangkan diri. And rahsia ni t'kantoi la plak kat ahjumma ni. Dipendekkan cerita, dorang buat agreement. Ahjumma jaga anak minwoo and minwoo plak take part dlm musical production ahjumma ni keja. Scene2 ahjumma ni dgn minwoo mmg sangat best..haha..Siwon cumilllllllll,hensem and gorgeous..ops,mianhae yonghwa. Mode siwon jap ek.

Lama kelamaan si minwoo ni pun mula dpt trima anak dia and act as a father. Paling menyentuh ati, scene kat shopping mall (ep 15)...huhu..terang-terangan dia mengaku anak dia even ni bley m'jatuhkan imej dia as topstar. 2 ep last sangat best..really. Masa minwoo propose kat ahjumma and semua yg dia buat supaya ahjumma ni trima dia..hehe..cute.

Drama ni available kat sini

Credit: kamelovelove & WITHs2

Moral value yg aku dapat drpd cita ni : Don't give up. Jangan malu untuk bermula dari bawah dan responsible. tapi yg tak brapa bermoralnya pulak...ish3...Zina tu Haram ye rakan2 sekalian. Tak pasal2 ada anak luaq nikah. And apa kes laki pompuan dok serumah. Ha, ni yg tak bagusnya. Jangan ikut ek.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Hmm...daddy.
Father, Dad,papa, ayah, bapak, appa,abi,walid...macam2 gelaran untuk ayah kan. For me, it's baba. Ayahku my idol, my hero. Aku takla rapat macam bestfren dgn ayah aku. Tapi bukan la jugak tak rapat langsung. yang sedang-sedang saja. maybe sebab aku kat asrama and dia pun kat offshore.

zaman dulu2, time aku kecik2 dan ayah aku pun muda lagi memandangkan aku ni anak sulung dia...Aku rasa dia garang sangat. aku penah rasa penampaq dia, tali pinggang pun ada..huhu..tapi padan muka aku jugak la. sapa suruh nakal tak hengat. Wakaka..budak pompuan pun nakal tau.

Ayah aku ni penuh dengan nasihat and concern. Kadang2 tu lebih drpd mak aku lagi. "Makan jangan asyik bunyi chap chap ja. tutup mulut elok2. Baba dulu kalau makan bising, tok ketuk mulut dengan senduk"
Tu antara nasihat etika makan dia yg paling aku ingat. Kebanyakan example adalah dari zaman kanak2 dia sendiri. Kalau tak basuh pinggan la.. memang banyak contoh2 drpd tok aku. Tok aku ni strict jugak dgn anak2 dia noo dulu2. Hmm..tu pasal la anak2 dia merangkap paklong,makngah,maklang, mak andak,makcik, pakteh, maksu dan ayah aku sendiri semuanya berjaya.

Masa zaman aku skolah asrama dulu. Kalau ayah aku cuti, mesti tiap2 minggu family aku mai tengok. huhu..kalau mak aku ja, ada potensi 2 minggu skali baru nak mai. Penah satu time,form 3 tak salah. aku tatau pasai apa aku homesick sangat. Maka,dengan sayunya pi cari public phone call rumah. "Huhu..kakak nak balik" Tersedu-sedu aku menagih simpati. "isy, tak leh la kak. mana leh balik minggu ni kan", pujuk ayah aku kepada anaknya ni. Gila ka apa aku time tu. Tengah2 minggu nak balik. Weekend tu plak bukan time balik. Esoknya,tetiba aku kena panggil pi opis PK hem. Huhu..cuak.
Jeng jeng jeng..ayah aku dlm opis tu. Nak bawak aku balik rumah..dengan alasan maklong aku sakit. Memang la betul maklong aku masuk spital tapi dah kuar and sihat walafiat dah pun. Huhu..aku terharu. disebabkan semalam aku cakap dengan dia sambil nanges2..Fuh, air mata aku. Tak sia2 betul...hehe

Ayah aku ni sangat caring and concern pada kitaorang merangkap family dia. Sehari sampai 5-6 blas kali call rumah check perkembangan..hehe..kalau aku pi mana2 pun, sat2 dia call. Selagi dia tak berada dengan kitaorang, selang seminit la telefon tu bunyi.

Dia tak ajaq anak2 dia bermewah. everything yang dibeli is even, tuk 1 family leh guna. Dia jugak tak lokek drpd segi duit or any way of help.

Aku nak panggil ayah aku ni prof serba tahu. He knows lots and capable of doing lots of thing.
My Daddy, My Hero.

Saranghanmida.

Saturday, May 22, 2010

Bilakah???

Dah nak masuk 3 minggu aku habis blajar atau dengan kata lainnya, dah almost 3 minggu aku pegang title penganggur. Member2 aku ada yang dah busy dengan kerja. Alhamdulillah, rezeki diaorang dah dapat kerja. Aku?? Ntahla..Aku yang tak cari ataupun memang susah nak dapat kerja sekarang ni. Tapi yang sebenarnya, mind, body and soul aku semuanya 50-50 lagi. Rasa malas lagi nak start. Nak rasa nikmat rest kat rumah dulu. Patutkah???

"Sampai bila awak nak duduk rumah"

Tetiba terngiang-ngiang kata2 PA aku masa time last aku jumpa dia before aku balik.

Hmm..memang betul apa dia cakap. Aku patut berusaha, takdenya keja tu nak datang bergolek..toing..depan mata aku.

Bukannya aku tak usaha langsung cuma usaha tu tak sepenuh hati lagi. Aku tak pasti dari mana patut aku mula. Demand jawatan tinggi2,semuanya mintak yang ada experience. Kalo yang tak require pengalaman..operator pengeluaran ada la.. Ish, sedih plak aku dengar.
"Isy, hang ni. Tu dah taraf pangkat spm ja" Sorang kawan aku pernah kata kat aku masa bagitau kalo dah tak dapat keja lagi pas grad, aku nak keja jadi crew kat mana2 fastfood je.

Tapi, takpa kan. Daripada situlah baru nak dapat pengalaman. Kalo tak mula dari bawah camna nak naik atas. Betul tak??

Mungkin jugak akan tersasar sikit drpd bidang aku jika nak mintak keja kat Penang ni ja. Tak banyak yang offer tuk bidang food. Tapi, kalo amek keja yang takdak kena mengena nanti aku tak reti nak buat pulak..huhu..dalam dilemanya.

Huh,pendek katanya..Fighting. Aku kena usaha lagi. Stakat pegi 1-2 interview tak dapat keja, jangan mengalah. tu baru sikit...


AJA AJA FIGHTING!!

Tuesday, May 11, 2010

Songs of the day

Aduh, 2 favorite aku compete lak. SUJU dgn BONAMANA and CN Blue dgn Love Light. Takpe..aku layan dedua..haha

1) Love Light (사랑 빛)-CN Blue,
composed by pakwe favorite aku,Jung Yong Hwa..He's really talented. Lagu2 dia mmg jiwang2 abes la, macam Y,why gak.
Intro music ala-ala Jason Mraz skit dengan gitar akustik. very smooth song, silap2 leh jadi lullaby lagi.
Part favorite harusla part Yong hwa. Aduh, cair gegendang telinga aku dengar suara Yong hwa dengan rapnya. Tambah lak suara husky2 skit..huhu..mengigau. 'I'm genie for you girl'
'you my darling
you are more beautiful more than the stars that lightning in the night sky
deep in my heart that glits
my only love light

i love you my darling
please always glits the light beside me
every night looking gazing~~you are beautiful
you are my love light'


2) BONAMANA (Look or Not)- Super Junior
Fast beat song, dgn lirik yang agak catchy. Lirik banyak guna repetition cam lagu Ring Ding Dong.

'neol gatji mothandamyeon meomchul georanda (nal bara bwara)
Can’t get you it’s gonna stop (Look at me)'
Ni part favorite aku, especially masa diaorang sebut 'nal bara bwara'

This time, tak banyak part tuk Yesung and as always suara Siwon,Ryeowook, Sungmin and Eunhyuk sangan senang nak direcognize..hehe..




*Leh cari lagu2 ni kat http://jenpoo.com

Personal Taste( 개인의 취향 / Kaeinui Chwihyang)

Aku bukan someone yang rajin layan drama korea eventhough aku ni 'kipas susah mati' artis2 korea. I'm more into their music. Boleh bilang dengan jari je brapa banyak drama korea aku dah tengok. 1st drama, Winter Sonata. Last drama yg aku tengok, You're beautiful (Omo, Shinwoo Hyung :P). tu pun dh brapa bln lepas. Maklumla..busy sgt.

Tapi, bila dah balik rumah..ada la sikit masa nak nonton.Aku pun try la tengok 1 episod dulu 'Personal Taste'. Hmm..then, sambung lak episod 2. Pastu, aku sambung lagi episod seterusnya. OK, aku dah addicted. Cita ni best. Tapi, aku baru tengok sampai episod 8 je. Uploader blom habis upload..huhu..



Drama ni total 16 episod.Hero: Lee MinHo. Ala, dia ni Goo Junpyo dlm Boys Over Flower yang meletop2 tu. Heroin: Son Yejin. Aku tak kenal sapa dia ni tapi skali pandang ada iras2 Geum Jandi skit. Antara watak tempelan: Seul Ong (2AM)..hehe..cumil2. ni salah satu sebab knapa aku leh nak try tengok cita ni.

Drama ni pasal Jeon Jinho (Minho), dia ada 1 architecture firm yang kecik je. Slalu compete dengan musuh ketat; Changryul dan bapaknya yang aku rasa jahat gila. Dah la rampas rumah and company family Jinho ni, pastu slalu main kotor dlm bisnes diaorang.
Jinho ni slalu la terserempak dgn heroin dlm mcm2 keadaan..(haha..besa la tu)
Disebabkan satu projek, dia pon jadi penyewa bilik kat umah heroin. Heroin ni anak arkitek feymes and rumah dia mmg klasik. So, hero pon amek pluang nak tengok design rumah sebab orang luar mmg takleh sebarangan masuk 'sanggojae' tu.



Heroin ni lak sangatla slalu bad luck. Dah la selekeh and pengotor..hehe..tetiba aku teringat kat nodame. Ops, lari topik jap. Heroin ni telah di'betrayed' oleh kwn dia, In hee(jahat jugak, aku menyampah kat pompuan ni): Dia kebas boyfriend heroin iaitu Changryul yg playboy serta mangkuk tu..heroin tatau yg diaorang ni nak kawin sampaila kantoi masa wedding day. Tapi, last2 diaorang tak jadi kawin gak pon.

Then,sebab hero kesian kat heroin. dia pon banyakla tolong heroin termasukla train heroin ni jadi cam pompuan betul2. Diaorang jadi housemate yang sangat kamceng sebab heroin dah tersalah anggap yang hero ni gay..haha..Hero pon meng'iya'kan statement tu. Tapi, lama2..mulala ada feeling..ngeh3..dah nama pon drama. tau sangat.

Betapa jahatnya In Hee tu, dia try nak kebas hero lak.Motip dia, dia mmg suka amek hak kawan dia. Yang si Changryul mangkuk tu asyik datang kat heroin lak. Kisah dia cam dlm lagu Again & Again 2PM la..he keep coming back to her..cuma bezanya dia bukan bad girl la.

Ok, stakat tu je yang aku tengok. Tapi yang paling aku tak bley tahan.. Director art gallery yang nmpak cool tu sebenarnya gay. Oh Emm Gee!! eww. Dah tu, siap jatuh chenta kat hero lagi sebab dia ingat hero pon gay. Apakah??

Anyway, Minho mmg hensem la dlm drama ni. Expression sedey dia leh buat aku pon nak nangis sama. Tapi takleh lawan expression sedih Yonghwa dlm you're beautiful la..sob3..huhu..asal aku tengok je Shinwoo,otomatik air mata bergenang. T_T


Drama ni available kat bnyak web, tapi source aku kat sini :

Cashewmaniakpop : http://cashewmaniakpop.wordpress.com/category/dramas/personal-taste

Youtube : http://www.youtube.com/user/HotKdrama2

Antara OST dia yang aku suka,

~Dropping Rain by Kim Taewoo (http://www.4shared.com/audio/fL2T1mNj/Kim_Tae_Woo_-_Dropping_Rain_Pe.html)

~Like an idiot by 2AM (http://www.4shared.com/audio/I8hJBw3I/2AM_-Like_an_Idiot__Personal_T.html)

Rating: Aku leh bagi 4/5

Saturday, May 08, 2010

The sweetest, the craziest, the happiest and most memorable

A year living in 334 with my 3 in 1 buddy really brings lots of laugh to me.
Half a year, it just the two of us. half a year later..ada 'orang baru'.

Banyak benda2 gila and best yang kitaorang buat..haha..
and roommate do resemble their roommate. Bilik cam tongkang pecah..t'paksa buat muka tebal tiap kali orang datang.. Deduanya pemalas...hoho..statement.

Slalunya kitaorang melekat je dpn monitor laptop. Asal orang masuk je, kitaorang kat meja. haha...skali pandang,cam rajin je buat keja. Padahal..memang tgh rajin buat 'keja'. Siang2 bantai main. Malam baru study. Tapi pastu ada je schedule lain.."Ok, jom layan anime seround dua". ><
Pastu siap dok angau berminggu2 tengok zhi shu lagi..huhu..very romantic guy


Hari minggu je, slagi matahari tak jadi spotlite kat muka..slagi tu la jadi dugong terdampar.

Then,334 gak jadi studio tak rasmi. Tak dapat posing kat dinner fac, blk bilik terus tibai sgala macam pose..hehe..

And the room became merrier half a year later.

Dari besar tapak tangan sampaila dah besar paha. We do raise her together, give all the love .
Oh..aku rindu saat2 indah bersama..Ops, jiwang lak ayat.
Baby slalu goda aku dgn pose2 comel dia.. adeh, tak sampai ati nak marah. Aku paling suka tgk bila dia dah siap2 masuk toilet dia, tetiba aku lalu..terus buat2 tergolek dlm tray cam tgh berehat..haha..cumil

Port dia, atas lampu meja pasta la..then bwh katil side sebelah. Seluar pasta atas katil,dia dah buat mcm pintu rumah lak. Then, nak jugak menyumbatkan dirinya yg buncit itu dlm bakul. sebijik macam ulat gonggok...haha..tapi itu yg comelnya.



satu insiden pada pukul 3 pagi,
Aku dah siap2 nak tido. baru je nak pi tutup lampu..tiba2..Tang..bunyi benda jatuh dan pecah. Jenguk kat sebelah, Gelas Coca cola pasta dah berkecai. Baby dgn muka innocentnya kat ujung katil.."hu"...seolah2 berkata, 'saya dah pecahkan gelas'. Aduh, ni yg tak jadi nak marah. Dia tau sgt aku lemah dgn aksi comel dia. Seminit kemudian, dgn tanpa rasa segan, terus selamba pegi mangkuk makanan dia dan makan dgn bahagianya.
Adoila..rasa nak lepuk je debab ni..tapi x bley..huhu..aku sayang dia.

Dia ni pantang nampak pintu lemari t'bukak, mulala sibuk nak menyelit masuk. Pastu pantang gak pintu t'bukak,zas..hilang. Tapi pas insiden 2 hari idup kat jalanan, debab ni dh trauma nak main jauh2. Kalo kitaorang tak perasan dia kluar bilik n then t'tutup pintu..jap lagi t'dengar la rayuan kucing yg sngt m'dayu2 kat luar bilik..Ha, tau pun takut. Lain kali pi lagi merayau. Tak malu, sampai jiran sebelah tolong hntar balik.


Pagi je, sesedap hati je melandingkan bontot dan perutnya atas muka orang. Nak makan la, masuk toilet la..isy3 letih2. Pastu siap lalu lalang atas badan lagi. Apa, dia ingat badan kitaorang ni jalan raya ke apa. Katil aku lak dah jadi macam gelanggang wrestling dia dgn Gangan ( seekor monyet dari bukit merah)..melompat sana sini...drift 1 bilik la. Hmm.. Tired but happy. To have her in our life. Oh, terlampau banyak yg nak diceritakan pasal baby and pasta. That i cant decribe in words

Thursday, May 06, 2010

Off-Balance dan bakat baru

Ini last outing aku bersama pasta and paro.
29 April 2010, Khamis.
Sejurus selepas hantar tesis untuk dibinding.

Vroom..."Eh,skrg jalan apa. Nak masuk kiri ke kanan. Alamak, nak kena u-turn la. Ceh,sama je kalo ikut sini pun"
Demikianlah antara dialog2 aku dan pasta. Aku memang fail pasal jalan neh..huhu..Paro dah terlantar kat seat blakang,m'bisu seribu bahasa. Pening kpala tgk aku ngan pasta..hehe

Ha,tu dia. Tiba jua kami di destinasi. JOM!!!
Eh,nak masuk ikut mana neh. mana pintu???

OK,siap!tapi apasal glove ni tak cantik. Goyang kiri goyang kanan...very unstable..Jeng jeng jeng..Pap..terus aku melekat kat dinding..uwaa..scary..
"tak penah main ke" sorang mamat menyapa. maka aku pun tanpa segan silu menjawab "a'ah, ni first time"

huhu..kalo gaya dah macam spiderman,sah2 la org tau aku ni tak reti main. "Pasta..aduh..sakitnya kaki.." almost stgh jam aku nak pusing 1 round ice rink tu. Tetiba..bedebab..aku jatuh dgn gaya yang cukup sopan..basah..huhu..nasib abg hensem dtg tolong..hehe..

Oh,kasut aku tak ketat rupanya. No wonder la sakit giler kaki.

2nd round, much more better. dh laju skit tapi still takleh tinggal dinding lagi..Abes 1 round je aku kluar rest..penat2.

Lepas 4 round, aku dh surrender. Takleh force sgt..kang sapa nak drive balik. Uwaa..ice skating is scary. baik la hantar aku main spaceshot..Aku sanggup..Anything to do with balance,memang aku fail. Pusat graviti tinggi kot..hehe..Anyway, this is such a new experience to me. :D



Pas je bertarung kat medan ais..lalala..pusing2 nak tengok tempat archery lak..



hehe..cam teringin je nak try main. Lama gak kitaorang berdiskusi kat kaunter before aku and pasta sepakat nak try seround. Paro dah awal2 lagi dah surrender.
'Zap. Chiuuuu' Ish, terer gak aku ni..haha..riak sebentar.. Aiseh, dah kata dedua adik memanah. Mana bley kakak tak reti main..hehe..(Adik aku dpt wakil negeri lagi tuk 2nd time,Memanah peringkat kebangsaan. Bangga2)

Tapi yg comelnya, akak kat sebelah aku neh. Dah la dtg pakai baju kurung..siap shoot kat board aku lagi..hehe..Bagus, Semangat tinggi ye kak.

P/s: jarak aku dgn target lebih kurang 4-5 meter je..:P

Hasilnya: Aku dgn pasta kemaruk nak main archery lagi..hehe..best gak rupanya. Apasal la zaman aku skolah dulu takde pon..T_T

Monday, May 03, 2010

G.O.O.D B.Y.E

Antara percaya dengan tidak...i'm saying good bye to my student life. No, it's already good bye.

2 Mei 2010,
awal2 pagi terus setelkan barang2 yang tak habis angkat semalam. Ntah brapa kali aku turun naik tingkat 3 pun dah tak terkira la. macam nak patah pinggang..huhu..tu la,barang 4 tahun punya tak pernah bawak balik.
Lebih kurang 8.15, vroom........... aku pun keluar dari gate kolej 14.
Sepanjang 4-5 jam driving ok lagi, just aku ngantuk and bosan je.

Namun begitu..almost nak sampai rumah je tetiba datang satu feeling. Aku mula sedar akan realiti. Oh, aku dah end the degree course. Aku rasa cam balik cuti sem je. Paling buat aku sedih, i wont see my friends just like before. I will miss all the happiest and craziest moment that we share together. Meleleh air mata tengah2 driving tu..sob3..

4 tahun. Aku still tak percaya. Tak sedar pun dah 4 tahun berlalu. dulu selalu je aku merungut bila nak habis, dah tak larat nak blaja la. Now, aku rasa cam nak stay as student forever..huhu..Student life is the best. Walaupun selalu complain fakulti strict sangat la, subjek susah la, banyak sangat kelas and assignment. Now, i will miss all that.

Then, bila sampai je rumah. Mama kata, " dah 10 tahun hang merantau". Hmm..betul la, dah 10 tahun aku asyik jadi warga asrama. Dah almost separuh umur aku asyik merantau je.Pasni nak merantau lagi kah??? leh jadi merantau warrior la..haha..