Wednesday, July 21, 2010

hati yang diamuk rindu

cewah, tajuk cam jiwang je.
Tapi benar, sesungguhnya aku rindu.....yang teramat kat pasta dan baby.
*sedikit mukadimah dulu*


Now, dah masuk minggu kedua aku keja. My feeling? Oh, sangat penat. Banyak blur lagi sebab still unfamilliar dengan environment and production. Still have lot to learn. Untuk orang yang tak pernah keja macam aku ni, memang rasa stress sangat. Nak jaga production line la, monitor workers la, check product lagi. Itu taktau ini taktau..waa..tension gak. Amek masa gak ni nak blaja. Ye la, slama ni tau teori je. Ni dah masuk keja baru nak apply sgala macam yang aku dah blaja slama 4 tahun kat UPM tu.

Abes keja sepatutnya pukul 6. tapi takdenya aku balik pukul 6. Mesti meleret-leret punya. Dah habis keja..driving lak dalam 40 minit balik umah...huhu..camtula rutinnya. Buhsan seh bawak keta sorang2. Dengan ngantuk dan letih lagi. Aku dah siap berkaraoke dalam keta tu. SAmpai umah, dah siap makan, mandi and solat..mengadap la lappy jap. Ni la cara supaya lupa jap susah payah dan penat lelah keja. Layan video Yonghwa.. Ok, aku happy. Pastu leh tido.

Tapi itu bila dah balik umah. Kalau Kat tempat keja ?

Ha..tau apa yang leh buat aku senang hati time keja. 'Saranghae, saranghae, Oh I love you, I'm missing you'
Mesej bunyi and tengok2 ada mesej drpd pasta. Huhu..betapa aku rindunya kat best chum aku tu. Kedua: tengok handphone, cari folder pictures, pastu folder my baby and....then ushar gambar baby. Tak pasai aku dok sengih sorang2 tengah buat keja..haha..silap2 anak buah kata aku gila dok sengih sorang2. Namun sesungguhnya..itulah kebenarannya. Memang aku senyum lebar je pasal 2 benda ni. They give me joy and strength.

Pagi tadi aku dengar lagu 'Betrayed' Taegoon, terus terkenang aksi 'menurun' bersama pasta. Memori 'I'm so sorry but I love you'....Semuanya berputar ligat dalam fikiran aku. Satu persatu gambar kenangan bersama terlintas.. Tengok Bleach, pun terkenang kat pasta. Nampak iklan movie 'The last airbender", teringat pasta lagi..huhu..movie ni masuk watchlist kitaorang..tapi camna nak pi tengok sama2..sob sob sob

Pasta, pat la kumpul duit banyak2 pastu meh pindah sini. Nanti kita buka bistro sama2 ye kat sini..sob sob sob..

Aku ketawa tapi tak gembira. because my day is incomplete now..

Wednesday, July 07, 2010

kuliah sejarah di Pusat sevis Proton

1st time bawak keta pegi servis sendiri..huhu..cuak. Slama ni baba yg bawak.
Appointment pukul 11.30 tp 10.50 pagi aku dh t'cangak kat Autocity tu. Baba pesan suruh pi awal, nak register lagi la.Sampai je kat kaunter, sorang officer india pun serve aku. Bla bla bla..pi check keta, bincang2 skit apa yg patut. Ok fine! Dia estimate pukul 3 ptg akan siap.
Kerling jam...baru pukul 11.05 pg. Mak aii..ada dkt 4 jam nak tung gu ni. Uwaa...aku nak buat apa.
Pandang kiri kanan kot2 nampak bas. Leh gak merendek pi Jusco. Tapi alangkah hampanya..bukan je kelibat nombor plat bas, hatta bayang tiang bus stop pun tidak kelihatan.
Maka.."Encik, kat mana saya boleh tunggu ye?" Encik Officer pun menjawab sambil tersenyum," Cik boleh tunggu kat lounge ye. Tengok Tv ke, baca paper ke."Dengan longlainya..aku pun melangkah ke lounge. Hmm..sofa2 kat situ semuanya almost penuh dengan manusia2 yang senasib dengan aku; Penunggu kereta. Ushar2..aku decide nak port sebelah sorang mamat yang tengah khusyuk mencari siaran tuk handphone dia. Ok, aku andaikan dia tengah cari signal TV la tu.
Nasib aku bawak banyak bekal atas nasihat baba. Tarik keluar ipod, cucuk earphone kat tlinga and roll2 cari playlist. Mahsyuk! lalala...Aku termenung je tengok siaran NTV 7 yang tengah tunjuk siaran masak2 sambil melayan playlist yang mahsyuk ni.Tidak lama kemudian...tengah sedap aku melayan BONAMANA, aku dengar sayup2 je suara orang macam bercakap dengan aku. Aku toleh kiri..Oo..mamat sebelah ni tanya something rupanya. Aku pun Offkan ipod and jawab soalan dia. Bla bla bla..borak2 skit. Dia tanya aku jawab. Aku tanya dia pun jawab jugak. Tiba-tiba..topik dia dah buat aku kerut muka skit. Apakah?? Sudah! Dia buka crita sejarah sultan t'ganu pulak. Adeh..mana la aku nak ingat sangat sejarah2 ni. Aku nak respon apa kat dia..aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk2 kepala. Dia makin rancak..siap masuk kisah Hang Tuah dan Megat Panji Alam skali. Skali pandang..macam cikgu sejarah aku tengah mengajaq dlm kelas pulak. Abes terbantut niat aku nak baca buku yang aku bawak sambil dengaq lagu..huhu..tak pasal2 melayan dia bercerita.

Ok fine. Tak salah pun dia tu. Dia memang pramah cuma agak sangkut2 skit sebab loghat t'ganu dia. Tapi aku rasa the topic is little bit uncomfortable for me. Ye la..1st time kenal..dia boleh rancak b'cerita sejarah kat aku. Crita la topik semasa ke..cita world cup ke. Ni tak, macam cikgu bagi kuliah je.

Talian hayat. Aku mesej pasta mengadu. SOS. Save me from this guy..huhu..aku takmau dengar dah.
After a while, maybe dia prasan kot aku tak pay attention sangat kat dia. Dia pun bangun pi jenguk toilet yg hanya 3-4 langkah dari seat kami. Baru je aku nak lari, dia dah keluar toilet sambil berkata, "Cantik jugak toilet ni" Kemudian dia bangun lagi menghala ke TV pulak dan ketika itulah sepantas kilat, aku pun buat2 nak call orang dan beredar dari situ. Pi kluaq..borak dengan pasta yg tengah lunch hour kat Double Lion. Fuh..Slamat. Mission accomplished. Hehe..macih pasta. Pas je berborak lebih kurang 12 minit dengan pasta ( cukup la skit2, dia pun nak rest gak. T dh nak masuk keja balik lak. Lain kali kita borak lagi ye ).... Aku menapak pulak beberapa puluh langkah mencari tempat makan. Lalu depan Pelita..ramai. Ok, jalan depan lagi. Lalu Secret Recipe..hmm..boleh dipertimbangkan. Jalan lagi..sampai kat cik mekdi. Ok..murah skit kat sini. Tapi jenguk je ke dalam..huhu..panjangnya line. Kensel la..patah balik pi secret. Nyum2..sedapnya tengok kek. Tapi takkan la nak makan kek time lunch ni. Takpala..ushar2 menu dulu..Selak punya selak, takdak 1 menu pun yg leh buat aku telan air liur. Aku mana la makan adik bradik spaghetti pasta semua tu. Sebab kesian kat cik waitress yg berdiri lama sangat kat meja aku tu, maka aku pun order chicken curry puff ngan ice lemon tea.


Harga rm 12.30..Ok, standard la tu sebab ini SECRET RECIPE. kalau beli kat tepi jalan..tak sampai 3 hinggit pun. jeng jeng..waiter cumil hantar meal. Bismillahirahmanirrahim.. Oh,akukah yang takdak selera atau memang puff ni kureng mengancam. Namun..walau apapun..aku gagahkan diri bagi abes gak. mahal beb..jangan membazir.


After makan je, aku pun menapak balik ke showroom sambil berfikir...Apa nak buat kalau aku encounter mamat tadi lagi. Sejarah apa pulak la dia nak crita. Masuk je showroom, ternampak officer india tadi. Dia panggil aku cakap keta dah setel. Ye ke.. Alhamdulillah. Cepat pulak diaorag buat. Makasih encik2 kat Proton service centre Autocity. :-)

Ok, setel. Jom balik! Oh tak..aku nak pi merendek kat Jusco jap..hehe..Tata