Saturday, August 07, 2010

My first pay

"gaji dah masuk, gaji dah masuk". Kedengaran beberapa workers bergosip. Wah, masing2 punya senyum takyah cakap la. pnjang sampai ke telinga.
Aku lak buat relax je padahal dlam dok Dup dap dup dap. Pas je lunch, Miss T (rakan R&D sebilik aku) cakap " I sudah angkat i punya payslip, Nanti U pi atas angkat sama Miss L"

Oh..I see. Ok!. Then, aku ngan miss J pun naik la ke ofis tuk menuntut payslip kitaorang. Sebaik je menatap slip, rasa nak menitik ayaq mata aku. Terasa cam masa tengah tengok result exam lak. T_T

This is my first earning. Antara percaya dengan tidak. Inilah hasil penat lelah aku kerja sampai 6-7 petang. Tiap2 hari dok berulang dari rumah..huuuu... Walaupun nilai yang tertera tak banyak mana memandangkan aku kerja tak cukup sebulan lagi, tapi ni pun dah cukup terharu. Barula tau bukan senang nak cari duit. Ha..baru tau susah kan. Masa ni la baru pening dok pikiaq duit gaji tak cukup buat blanja bulan2. Selama ni orang dok hulur, kita main trima ja. Pas bayaq sana sini, tinggal bapa sen je..huhuu..Dengan harga minyak dah naik, barang2 lak semuanya mahal2 belaka. Ok, time to really plan your expense carefully.

Nak hulur mak bapak skit pon belom tentu terdaya. silap2 ayah aku yang tolong hulur lagi. Tapi, mula2 lagi ni..sementara nak stable. Dah nama pun newbie lagi. mestila gaji tak brapa tinggi..hiiii