Thursday, March 31, 2011

Update top rated playlist

~Leaving the crying heart for a while.~

Okeh, tambah lagi lagu2 besh dlm top rated playlist aku..hehe..
Dah lebih seminggu CN Blue buat comeback tapi aku tak sempat komen lagi..huhu..
Alright, here come the First Step. Of Course la, fullfilled the expectation like always. :D
Ada byk lagu tapi just 3 lagu baru.Yg lain just lagu2 english diaorg yg dikoreakan je.

CN Blue is Daebak!!!!
Promo song tajuk Intuition. Lagu frust yang powerful. Cair dengar suara Yonghwa.. Tabik Spring kat cayunk2 CN Blue ni...hehehe...Whoa, smart MV dia..sbb ada my Yonghwa...hahaha..gatai.
Next song tajuk Love girl..suka..^sambil lompat2 kegembiraan^..hehe.. And lagu Imagine. Semua memang best tahap max la. Cayang CN Blue saya..hihiii

Selain lagu2 CN Blue, aku gak melayan lagu Infinite. Aku suka Can U smile remake version..more ballad , more soft..layanzzzzz

And latest added dlm list. Baru download semalam album baru U-Kiss. Oh My..best sangat. I'm falling for song 0330..tapi tatau awat dia letak tajuk 0330 ye..huhu..Ni pun lagu sedih..

'Yo, listen up
This is my tragic story
Just to break it in my heart
Check it'


Sungguh tragik.. T_T
Sedih dengar suara Soohyun..rasa nak nangis je. Sepanjang hari aku play lagu ni kt tempat keja. Sekarang pun non-stop playing kat iTunes. Bakal pecah rekod play mcm Cup Of Latte yg dah lebih nam ratus kali tak??hehe

Recovering Mode

Hari ke-4 break down.
I kept thinking sebab there's less work. Jadi terpaksa la buat2 sibuk dengan pi kacau orang. Dengan harapan I won't be sitting alone thinking and let the tear fills my eyes.

Alhamdulillah today becoming better. Thank you buat Jue yang mendengar and thank you juga buat Auz yang tolong kejut. Almost gagal membangunkan diri sebab sakit kepala yang melampau. Alhamdulillah, Allah sentiasa mempermudahkan jika niat kita baik.

Semalam adalah saat paling kritikal, ketika tindakan aku mula disedarinya. Hampir goyah keputusan yg telah aku ambil ini, mendengar kata-katanya..Hati yg menangis hingga terpamer di riak wajah. Mata berkaca-kaca..Tap tap..akhirnya gugur. Ada yang bertanya pada rakan sekerja, "Kenapa Aliaa nampak sedih saja?"Oh, my face expression do show my heart content..I can't hide the sadness...
Sesungguhnya aku kejam..tanpa beri dia peluang untuk bersuara dan dengar full explanation. Tapi aku kira ini jalan terbaik yang aku ada...Please forgive me. Please live happily..

"Don't care about me anymore. I'll fix this condition back to normal. So, go back to your normal life. "

Now, in recovering mode. Slightly unhappy, however I will move forward. I haven't fall very deep like before..thus, still able to climb back.

Tuesday, March 29, 2011

Hari yang gundah

Berkecamuk hati aku hari ini. Perasaan gundah gulana...Maaf andai ada yang tersinggung dengan aku hari ini. Maaf ya rakan2 sekerja...Jiwa saya kacau.

Pagi2 lagi, dengan belum sarapannya...anak2 buah dah datang mengadu. Adoi, sabar2. Jangan besar-besarkan hal yang kecik. Kita settle slow2...huhu.. Awal pagi dah kena terjah camtu, so angin kat hati dah lain macam. Ops, sorang anak buah cuti emergency lak. Planing dah lari sikit..Ok, takpa2, back up plan ada. Don't worry, bukan masalah besar pon.. ^Pujuk pada hati yang mula kencang^


Kemudian, berdepan kerenah bos yang 'Ya Allah, tabahkan lah hatiku'....Asyik kena urut kepala dan tengkuk je. Dengar je suara dia kat production, terus rasa tegang je urat2 kepala aku ni..

Dan sebenarnya yang menjadi punca utama kegundahan ni adalah kerana hati.. Aduh,soal hati lagi. I'm fighting my own feeling. Keinginan hati vs rasional akal.

Aku mungkin bersikap kejam tapi aku andaikan inilah jalan terbaik. Jangan menghukum orang yang tak bersalah...Biar aku sakit, tapi jgn org lain. Biar aku kecewa, bukannya orang lain. Hatiku sedang sakit dan menangis kerana akal telah membulatkan tekadnya. It must be done this way. I have no other option. Chungmal mianhae....

Hatiku dilanda badai..Mulut tak henti berzikir dan berdoa mohon diberi ketenangan hati.
Ya Allah, give me strength to carry on this decision. Demi kebaikan semua pihak.




"Allah tak pernah jauh dari hamba-Nya, sebaliknya kita yang sering menjauhkan diri"

Wednesday, March 23, 2011

Fenomena Kpop

Fenomena. Jadi ulasan dlm paper sabtu lepas. Dah lama sebenarnya kpop ni tapi baru sekarang makin menjadi-jadi kat Malaysia ni. For me, dah almost 3 tahun terjebak dgn kegilaan kpop ni...huhu..tapi skrg dh slow down sikit.

Ok,kat Malaysia ni yang glemer ialah drama Winter Sonata..Ala, Bae Yong Jun yang hensem tu. Pakai spek, rambut kaler sikit..hehe.. Masa zaman aku kat Soksek lagi. Punya la ramai dok follow..maka aku pun terfollow sekali. Tapi stakat tengok camtu je la. Pastu kecoh dengan Autumn in my heart lak. Ok,, aku surrender cita ni..gila punya slow. buhsan seh.. Drama korea kureng menarik perhatian aku sangat. Baik aku layan cita cina Journey to the west ke, Detective investigation ke..hahaha

Kemudiannya...
Almost akhir sem 5, Zamiy-chan telah mengumpan aku dengan lagu SUJU T 'No One Like Me"
serta Choi Si Won dan Kim Heechul yang hensem. Maka, bermulalah perjalanan aku dalam dunia Kpop. Mula start kenal Super Junior 'We are Super Junior-Or', Dong Bang Shin Ki, SS501,FT Island, Big Bang serta tengok variety show depa.

Oh MY. I like their variety show.
WHY???

Bukan setakat program kosong ja. You can find entertainment and knowledge. Aku suggest show Explore Human Body aka EHB Suju.. Kaji pasal perut n appetite human, balance, refleks,oxygen transfer underwater etc...wow..Best gila. 2 thumbs up!!! tak cukup, aku pinjam semua ibu jari depa 13 orang.. xD
'Part of SUJU in EHB'

Then show Family Outing. Aku suka tengok artis2 ni pi melawat kampung2, hantar atuk nenek pi vacation and depa tolong jaga rumah atuk nenek 2 serta buat keja2 kampung..Cantik sangat kampung2 depa.
Banyak lagi show2 yang best. Panjang sangat nak list...Starking, Strong Heart, Intimate Note, Running man,Dream Team dll..
1 lagi aku suka program 'Sponge'. Skrg dh takdak kot..Dulu ada tayang kat KBSW. Tunjuk pasal food processing and bahan2 yg guna dlm food. Alright, sangat sesuai tuk budak2 food cam aku ni.

Then aku suka their music..In fact aku kagum dengan artis2 korea ni. They train very hard to be what they are today. Motivate aku gak tu..Bukan kejap depa training. Let say Jo Kwon, lebih 7 tahun sebelum jadi artis yang versatil cam skrg. Kalo tengok dance group.. Whoa!!! smart yang melampau. Tambah2 SUJU yang ramai member tu. Bkn mudah nak jaga koreografi 13 org..huhu..Tp skrg dah tinggal 10 je.
Korean music kena dengan jiwa aku kot. Especially band FT Island n CN Blue. Now aku melayan lagu2 daripada Infinite. Sedap gak walau aku tak kenal sorang pon..hehe..

Sebenarnya aku sangat termotivate oleh friendship bond yang artis2 ni tunjuk. Depa train sama2, stay kat dorm sama2..so they are very close. They appreciate each other and the best leader goes to Leeteuk. The best leader who leads 12 members. Aku dpt inspiration tuk friendship aku dgn Zamiy-chan pun drpd SUJU. Such a strong bond.. :-)

Drama2 Korea aku kurang sikit. Lately ja agak banyak tengok. Ok, aku suka Master Of Study..Whoa, kalo aku tengok masa time jadi student dulu, mesti termotivate gila..hehe..Banyak gak moral value from drama2 ni..tapi kebanyakan mesti ada cita leleh-leleh..tu yg mls tengok..nanges je memanjang..huhu..tak rock la beb.


Namun, aku belum cukup fanatik. Baru 1 je album aku beli. tu pun 1st album CN Blue..lain download je..hehe..aku tak sanggup bersesak-sesak tuk tengok concert diaorang. Bak kata Zamiy-Chan;
"Kalo pi konsert yang bayang rambut pun tak nampak, baik download tengok kat laptop yang leh nampak lubang hidung"
hahahaha...Betul tu.

Anyway, anyhow..
Jangan salahkan aku kerana lebih cintakan industri hiburan Korea. because they are Jjang!
Daebak!

Saturday, March 12, 2011

Azimat Ibunda

Sebab dok selongkar folder2 lagu lama, aku jumpa 1 lagi lagu yang cukup bermakna. Lagu ni akak ex-rumate aku yang introduce. Azimat Ibunda oleh Far East. Sini
2 rangkap kat bawah ni cukup menyentuh hati..

"menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam"




Aduhai..9 bulan 10 hari mak dok bawak kita dalam perut dia. Dah tu bukannya ringan. Time bersalin lak dok antara idup dan mati. Punyala seksa..Ok, aku belum experience so tatau la level sakit camna ye..huhu

Masa kecik bukan main nakal tak hengat. Kesian mak...Penat...
Nak itu, nak ini..Mak penuh sabar dengan kerenah kita. Budak2 katanya..bukan tau apa.

Tapi, bila dah besar sikit..dah masuk sekolah, dah ada ramai kawan. Mula la buat perangai..degil, tak dengaq cakap mak. Mak tegur ja tarik muka..kata mak mengongkong la, busybody la... Astaghfirullah al azim... Sekalipun sekadar berkadar 'ah' dengan mak pun dah berdosa..Apatah lagi yang marah bila kena tegur. Paling tak leh blah sanggup naik tangan lak...Jauhkan lah aku dari tergolong dalam golongan anak2 yang demikian..

Setitik air mata mak yang jatuh kerana terasa hati dengan kita, maka tak cium la bau syurga selagi hangpa tak mintak ampun.. Carilah, mohonlah keampunan ibu, restu dan keredhaan ibu..Jangan jadi anak derhaka. Contoh yg paling dekat dengan kita..tengokla cita Si Tanggang. Jangan jadi Tanggang moden ye. Sayangilah, Cintailah, Hormatilah EMAK.


* saya SAYANG MAMA saya*




What i feels...

Lately, aku beralih angin sikit. Tinggalkan kejap muzik2 K-pop..Tapi bukan tinggal terus la. Selang -seli sikit2. Semenjak berkecimpung dalam dunia K-pop sejak 2 tahun lepas, aku dah tak dengar lagu2 Omputih,Melayu, Indon dsb...Setakat terdengar 1-2 adala. Dek memunggah folder2 lagu lama aku, maka terserempak la dengan lagu2 yang pernah jadi fave aku. Bila difikir-fikirkan balik..Awat genre yang aku suka camtu ye???

"All or Nothing-O Town"

"Soledad-Westlife"

Ok. Ni lagu sedih, frust and heartbroken. Tapi 2 lagu ni la paling gila2 aku suka selain Here Without You by 3 Doors Down. Hati aku rasa camtu ke????Musykil lak..
Dah lebih seploh tahun kot lagu2 ni. Tapi setiap kali aku dengar 2 lagu ni mesti aku sebak..huhu..
Kadang2 tu tak sedar meleleh dah air mata. WHY?? Aku ni sentiasa heartbroken ke???Sensitif???Unrequited love??? Ah, nan moella..

1 situasi berkaitan lagu ni yang sampai bila2 pun aku akan ingat:
1 malam hari kat KMpk..tengah siapkan graf fizik sambil main2 mesej dgn en. Latte. Then cakapla kat en. Latte yg aku tetiba rasa nak dengar lagu Soledad. Seminit kemudian en. Latte call.. Dulu2 henpon kodok je..so takdak ringtone best2 pun..hehe..
Ok, kitaorg borak2 dengan lagu Soledad tgh play kat background. Aku appreciate sangat sebab dia call semata-mata nak bagi aku dengar lagu fave aku tu. Tapi, the song doesn't suit the situation la....Sepatutnya lagu2 romantik la kan ye...hehehe..Anyway thank you ye.

And kalau tengok drama ke movie ke..mesti aku melampau-lampau bias kat second hero la biasanya. 2nd Hero yang baik gila, caring tahap max kat heroin tapi walau apa pun dia buat..heroin tetap tak pilih dia. Nak jugak kat 1st hero yang gila kejam,dingin..haha..drama beb.
Setakat ni watak 2nd hero paling fave aku ialah Kang Shin Woo dalam You are beautiful. 7 Kali aku repeat drama tu, 7 kali gak macam waterfall air mata aku ni.. T-T
Orang lain sibuk angau kat Jang Geun Seuk, aku lak on Yong Hwa side la. Aku suka watak tu bukan sebab aku suka Yong Hwa. Aku pun baru kenal dia pas tengok drama tu...But I can feel the pain of the unrequited love..huhu..simpati.
Dialog dalam drama tu yang sangat terkesan kat hati aku:
"I'm not asking you to give all you heart, but if you could give a little bit of it. That's the beginning."
Betapa dia sayang gila kat heroin..huhu...tapi betul la. If tak sikit2, camna nak jadi banyak.

However,
Even aku sedih2, jiwang karat camtu...Dalam hati tetap ada roller coaster.. Hehe..soft yet hard. Aku ada option lain untuk genre muzik.
Ok, aku layan MCR, Nickelback, Linkin Park, 3 Doors Down, 30 seconds to Mars and lain2 band. Cuma Metallica tak la. Ada yang pernah kata kat aku, " Tak sangka layan lagu camtu ye. Nampak cam lembut je. Ingat layan lagu2 ballad..yang jiwang2..slow2 je."

Sorry. Anda silap..hehe..
Aku suka band. MAHSYUK. BEST.
Dan kerana itu lah...I LOVE CN BLUE!!!!!


*Tak sabar tunggu 21 Mac. They're gonna release new album..O yeah!!*

Monday, March 07, 2011

Pergi dulu...

Ok. 2 minggu lepas aku ada cakap pasal tujuan aku ke Pacific Megamall. Now, since i made promise to write..then i'll say it now.

Alright..aku tak terfikir pun nak pi lagi. Sebab biasanya orang pi bersama-sama. Tapi, bila tetiba mama tanya, "Kak, hang tak mau pi kursus kawin ka?"
Uhuk, tersedak jap aku. Tak terfikir pun lagi nak pi. Ok, the reason is simple. " Maklong kata nanti nak jadi seminggu kursus. Nanti susah nak cuti lak. Jadi sementara still 2 hari ni..pi la time weekend. Pi ja, bukan nak kawin lagi pun takpa. Valid ja sampai bila2 sijil tu."

Aha..betul gak kan. Cewah, dulu slalu fikir, kunun-kunun nak pi dgn pasangan bila dah nak kawin nanti. Sorry ye en bakal suami..saya pi dulu. Nanti kalau kita jumpa dan awak tak pi lagi..kita pi skali lg sama2 ye..hehe..

So, 2 minggu lps..aku roger lynn ajak teman aku join. Segan kot nak pi sorang2..haha..Maka berdaftarla kami untuk hadir kursus on 5 & 6 Mac. Rm 80 for these 2 days.

1st day, 5th Mac 2011.
Ada 6 slot dgn setiap slot masanya sejam kecuali slot ke-4.
Slot 1,2 n 3 adalah basic ja. Akidah, ibadah and akhlak islamiah. Pasal solat,rukun iman,pembahagian hukum syarak and dsb. Pendek kata hal2 basic sebagai umat Islam. Mai kat topik akhlak lak bercakap pasal akhlak suami isteri. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Sebaik-baik perempuan (isteri ) ialah apabila engkau melihatnya akan menggembirakan hati engkau dan apabila engkau menyuruhnya, dia akan mengikut perintah engkau,apabila engkau bersumpah atasnya, dia akan berbuat baik terhadap engkau, dan apabila engkau tiada di rumah, dia menjaga dirinya dan harta engkau." (Riwayat al-Nasa'i)

Ya Allah..Kau kurniakan lah sifat sebegini kepadaku dalam perkahwinanku kelak.

Slot 4 pnjg skit. About perkahwinan and prosedur2. Matlamat perkahwinan.. Why you want to get married????Macam2 jwpn yg ada..Dah sampai jodoh, mendapatkan zuriat, melengkapkan hidup ( When you find your other half, thus your life is complete). Sebab mak suruh pun leh jadi sebab gak..haha..Tapi ini sebenarnya realiti. Ada yg kahwin pilihan hati mak sedangkan dah ada kekasih. Namun, sebenarnya kerana Allah SWT dah tetapkan jodoh sedemikian. Mak suruh kawin orang lain tu hanyalah perantaraannya.
Slot ni gak about hukum and rukun nikah, wali serta proses2 from A to Z jika nak kawin.
Slot 5 pasal hubungan dalam keluarga and slot 6 about pengurusan kewangan & masa.
Semua penceramah best sangat cuma aku rasa bersalah gila kat ustaz slot 6..huhu..Saya Mintak maaf.Ampunkan Aku Ya Allah. Bukan sengaja tak pay attention tapi suara ustaz slow sangat la..Jam pun dah pukul 6 petang..maka saya pun hanyut...huhu..


2nd day, 6th Mac 2011.
Hari last, ada 5 slot plus test. Ok, Hari ni sangat best. Especially slot 1: Komunikasi suami isteri. Best gila ustazah ni..sempoi and santai ja. Ustazah Rohayati Daud..huhu..rasa nak jumpa dia personally ja. slot 2 pun dia handle gak: Pengurusan Tekanan & Konflik. Slot 3 pasal pengurusan kesihatan. Penceramahnya doktor kecik molek kat klinik Kubang Semang.. Kiut je..hehe..
After lunch, Slot 5:Perkhidmatan rundingcara. Ini berkenaan sesi kauseling la if ada apa2 masalah. Sila refer Jab. Agama Islam Negeri @ JAIN.
Last slot is about Pembubaran perkahwinan which in simple word means cerai. Ok. Mintak dijauhkan la perkara ni daripada hidup aku.
Last skali before habis ada test skit. 30 questions about all topics. Nak tengok hangpa mai dengaq kursus ka tidoq..haha.. Alhamdulillah full mark..maknanya saya tak tido la tu..hehe.. Sijil kursus pun dapat immediately after that. Siap panggil sorang2 cam amek skrol time konvo lak..hehe

Kursus kawin ni bukan semata-mata kerana nak kawin ja. Tapi juga sebagai pembuka minda dan peringatan tentang base kita as Muslim Because, dlm apa2 pun yang penting adalah base. Muka nak mekap cantik kena pakai foundation ataupun make-up base. Nasik tak mau bagi tumpah kena makan dlm pinggan. Begitu la juga dalam marriage. Apabila kedua-dua pasangan mempunyai base yang kukuh..InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Mudah-mudahan...

'Ya Allah, kirimkan aku seorang suami yg beriman, yg tahu dan menunaikan hak-haknya kepada-Mu, yg mampu membimbing aku yg serba kekurangan dan sering lalai ini. Yg tidak meletakkan aku diatasnya atau dibawahnya tetapi disebelahnya. Seiring menempuh segala suka duka. Amin'